Langkau ke kandungan utama

Persoalan Berkaitan Badal Haji

Terdapat banyak persoalan yang diajukan berkaitan badal haji. Jom kita lihat satu per satu.

Wajibkah melakukan badal haji buat orang yang telah meninggal dunia?

Sekiranya orang yang telah meninggal itu belum mengerjakan haji dan beliau ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib.

Antara hadis mengenai mengerjakan haji untuk orang lain adalah seperti berikut:

Hadis riwayat Ibnu Abbas mengenai seorang wanita dari (kaum) Juhainah datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: 
"Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?'' 

Jawab Baginda : 
''Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan." 

(Riwayat Bukhari)


Bolehkah isteri melakukan badal haji bagi pihak suami yang telah meninggal?


Boleh dan sekiranya arwah suami ada meninggal harta maka perbelanjaan badal haji diambil dari harta tersebut sebelum harta tersebut difaraidkan.

Bolehkah melakukan badal haji untuk orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh atau Orang Kurang Upaya yang menghalang mereka dari mengerjakan ibadah haji?


Boleh.

Ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas mengenai seorang wanita dari Khas'am datang menemui Baginda Rasulullah saw dan berkata : 
"Wahai Rasulullah SAW, sesunguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hambanya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu untuk duduk dengan baik di atas haiwan tunggangan / kenderaan, maka apakah aku boleh menunaikan haji baginya?” 

Rasulullah SAW menjawab : 
“Boleh”.

Hadis Riwayat Bukhari, No.1854

Mana lebih afdhal melakukan badal haji untuk arwah atau menginfak atas nama arwah?


Menjawab persoalan di atas, melakukan badal haji adalah lebih afdhal berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn `Abbas ra yang bermaksud;

Nabi SAW mendengar seorang lelaki berkata:
“Aku menyahut seruanMu bagi pihak Syubrumah .” 

Lalu Nabi SAW bertanya : 
“Siapa Syubrumah?” 

Dia menjawab: 
“Saudara lelakiku ? atau kerabatku.” 

Rasulullah SAW bertanya: 
“Sudahkah engkau menunaikan haji untuk dirimu?” 

Dia menjawab:: 
“Belum.” 

Lalu Nabi SAW berkata : 
“Tunaikanlah haji untuk dirimu dahulu. Kemudian barulah tunaikan haji untuk Syubrumah.”

Riwayat Abu Daud (1811) dan Ibn Majah (2903)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah itu Badal Haji (Upah Haji)

Apakah yang dimaksudkan dengan Badal Haji? Badal Haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya lalu melaksanakan haji untuk orang lain sama ada seseorang yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji ke tanah suci, sama ada dengan upah atau tidak. Perkara yang membolehkan seseorang itu digantikan haji untuk dirinya ialah: Telah meninggal dunia Sakit yang tiada harapan untuk sembuh Apakah hukum Badal Haji? Terdapat dua pecahan bagi menerangkan perkara berkaitan hukum ini. Hukum bagi mereka melaksanakan Badal Haji Hukum bagi mereka yang digantikan haji  Hukum Bagi Mereka Yang Melaksanakan Badal Haji Hukumnya di harus kan oleh Syarak menurut jumhur fuqaha berdasarkan hadis daripada Nabi Muhammad ﷺ: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A:  Seorang wanita dari (kaum) Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata:  " Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu