Terdapat banyak persoalan yang diajukan berkaitan badal haji. Jom kita lihat satu per satu. Wajibkah melakukan badal haji buat orang yang telah meninggal dunia? Sekiranya orang yang telah meninggal itu belum mengerjakan haji dan beliau ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib. Antara hadis mengenai mengerjakan haji untuk orang lain adalah seperti berikut: Hadis riwayat Ibnu Abbas mengenai seorang wanita dari (kaum) Juhainah datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Baginda : ''Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan." (Riwayat Bukhari) Bolehkah isteri melakukan badal haji bagi pihak suami yang telah meninggal? Boleh dan sekiranya arwah suami
Wuqoof adalah sebuah platform on-line untuk mengurus dan menjalankan ibadah Haji bagi pihak ketiga dengan syarat-syarat tertentu.