Terdapat banyak persoalan yang diajukan berkaitan badal haji. Jom kita lihat satu per satu. Wajibkah melakukan badal haji buat orang yang telah meninggal dunia? Sekiranya orang yang telah meninggal itu belum mengerjakan haji dan beliau ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib. Antara hadis mengenai mengerjakan haji untuk orang lain adalah seperti berikut: Hadis riwayat Ibnu Abbas mengenai seorang wanita dari (kaum) Juhainah datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Baginda : ''Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan." (Riwayat Bukhari) Bolehkah isteri melakukan badal haji bagi pihak suami yang telah meninggal? Boleh dan sekiranya arwah suami
Apakah yang dimaksudkan dengan Badal Haji? Badal Haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya lalu melaksanakan haji untuk orang lain sama ada seseorang yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji ke tanah suci, sama ada dengan upah atau tidak. Perkara yang membolehkan seseorang itu digantikan haji untuk dirinya ialah: Telah meninggal dunia Sakit yang tiada harapan untuk sembuh Apakah hukum Badal Haji? Terdapat dua pecahan bagi menerangkan perkara berkaitan hukum ini. Hukum bagi mereka melaksanakan Badal Haji Hukum bagi mereka yang digantikan haji Hukum Bagi Mereka Yang Melaksanakan Badal Haji Hukumnya di harus kan oleh Syarak menurut jumhur fuqaha berdasarkan hadis daripada Nabi Muhammad ﷺ: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A: Seorang wanita dari (kaum) Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: " Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu